Bismilahirahmanirahim...
Salam...
Kebizian memaksa untuk aku mencuri ruang menerjah blog yg cantik ini...wah..perah santan..Bukan apa sekadar mahu mengabadikan segala perjalanan hidup seharian agar tidak lupa untuk mengingatinya...so, space dlm otak nanti blhla dikosongkan untuk pengisian seterusnya pulak.. sbenarnya entri kali ni nak berkongsi pengalaman aku menderma darah...hahahahah..kelakar ohh.. kolej aku ni setiap sem akan buat hari menderma darah...aku tak pernah nk derma..kata org tak lepas kaki ni nk melangkah masuk ke tempat derma...nak dijadikan cerita sem ni kena cabar dgn member2..kata hati kental..takkan derma darah pun takut kot..pa baran..adoyai...ok...fine..kali ini akan ku buktikan... hari pertama nak pergi derma darah dh habis confident dh nih...tapi tak dapat pulak sbb pihak UMMC dah nak balik...ok tak pa esok kata roommate aku yg menjadi dalang kepada cabaran yg terpaksa aku sahut....esoknya pagi-pagi kami dh melangkah untuk menderma darah...tapi smapai-sampai kt tempat nk derma tgk2 UMMC blm sampai pulak...hishhh...org dh semangat ni...tunggu punya tunggu sampaila kul 10...pihak UMMC pun dh get ready..dgn tangan sejuk aku melangkah...confident level dh down sikit tgk beg2 darah yg byk tu...dh nk isi borang ni..ada pakcik tu Tanya dh makan blm..ofcozla blm..dia suh g makn dulu pulak...lagi sekali terbantut niatku...aku n roommate pun bergerak ke cafe..TQ ika coz banje kuih...tgk2 jam dh kul 10.30...mcm mana nk derma drh..kls aku kul 10...so lps bbincang dgn roommateku, aku ke kls dulu..tp aku dh janji akan derma...yela dia takut aku menipu sbb kul 11 dia nk kuar so x dpat teman aku atau lebih tepat melihat aku menyahut cabaran nih..hei...ni maznielah.....pantang dicabar ok...so dia pun ok...kls PM hbs kul 12..bertemankan seorg kwn kami menuju ke tempat derma darah...lagi sekali dh nk isi borang nih..pakcik tu tnya dh mkn blm..aku ckpla dh kul 10 td..dia ckp tu dh lama..pergi mkn tgh hari dulu..Ya Rabbi...lagi sekali niat suciku tergendala...dgn perasaan hampa + best aku melangkah ke cafe untuk menikmati mkn tgh hari..hati dh mcm malas nk gi derma darah g pas makn..tp igt balik jnji yg dh aku buat + dgn ugutan seorg kawan yg x mahu kawan dgn aku lg lau aku x derma darah hari ni buatkan aku perlu nekad..mkn sudah apa lgi sekali melangkah ke tempat derma darah..kali ni kalau ada lg yg menjadi penyebab @ penghalang mmg aku x derma dh...so, isilah borang..berat ok, tekanan darah pun ok..ke fasa seterusnya..untuk tau jenis darah...nila sbb utama jgk aku derma darah..nak tahu jenis darah aku apa..22 tahun hidup x pnh tahu pun jenis darah aku apa...hehehehhe...pegawai perubatan tu ambik darah dr jari hantu aku...dan akhirnya tahulah aku jenis darahku apa...selesai lagi satu fasa..nk melangkah ke tempat derma ni yg sakit ni..member2 lain dah duk gelakakn aku dh tgk wajah takut aku...naik ke atas tempat yg mcm katil tu apa ntah nama muka aku dh nk pucat...takot ooo...atau lebih tepat org kedah ckp seriau...mula2 seorg kakitangn ni ambil tgn kiri aku..cari urat..belek punya belek x jumpa..tgn kanan lak...lama gk baru jmpa...lps tu mmg aku dh x tgk dh apa dia buat....smpailah jarum yg besar tu dh kt dlm tgn aku..drh pun dh byk keluar...kejap jer derma darah ni...dh penuh satu beg...masa dia cabut jarum pun aku x tgk...masa tu aku ok jer lagi..tp x tau la lps dia tunjuk darah aku dlm beg tu kat aku tetiba rasa loya n berpinar...x blh nk bgn...sorg suster dh dtg kt aku...dia suh aku baring balik n pejam mata...pastu air apa ntah dia bg minum..manis..memang aku telan jer dh x ckp byk...lama gk aku kena baring kat situ..rasanya lagi lama dr aku derma darah td...suster tu siap kipaskan lagi..tq sus...asal aku nk bgn dia x kasi..katanya lagi 15 minit...org yg dtg belakang dh siap aku x dpt bgn2 lagi..malu kot...mmber2 tu...lepas dh ok...dan akhirnya dpt jgk aku pengalaman menderma darah n tahu jenis darah ku.....
So, korang tahu x jenis darah korang???haaa...aku dh tahu....
Kalau nk tahu darah jenis aku sgt2 diperlukan sekarang...x sakitpun derma darah.... ada info sikit bagi korang yg x tahu jenis2 darah ni..
Darah manusia terdiri daipada 4 jenis iaitu :-
Darah O ,Darah A , Darah B , Darah AB
Darah O
- Merupakan kumpulan darah yang tidak mempunyai sebarang antigen tetapi mempunyai antibodi di dalam darah
- Darah jenis O ini hanya boleh menderma kepada semua kumpulan darah (A, B,AB dan O) dan hanya boleh menerima darah jenis O sahaja
Darah A
- Merupakan kumpulan darah yang mempunyai antigen A dan antibodi B
- Darah jenis ini boleh menerima darah dari jenis A,AB dan O sahaja
- Manakala darah jenis A pula hanya boleh menderma kepada kumpulan darah jenis A dan AB sahaja.
Darah AB
- Darah AB merupakan satu kumpulan darah yang tidak mempunyai antibodi tetapi mempunyai antigen A dan B
- Kumpulan darah AB hanya boleh menderma kepada kumpulan darah jenis AB sahaja
- Manakala darah jenis ini pula merupakan penerima universal dimana darah AB boleh menerima darah dari kumpulan darah yang lain.
Darah B
- Merupakan kumpulan darah yang mempunyai antigen B dan antibodi A
- Darah jenis ini boleh menerima kumpulan darah jenis B,AB dan O sahaja
- Manakala darah dari kumpulan B hanya boleh menderma kepada kumpulan darah jenis B dan AB sahaja.
Kenali Sifat Melalui Kumpulan Darah....
KUMPULAN DARAH 'O' Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dgn kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif. Betul tak????
KUMPULAN DARAH 'A' Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala..
KUMPULAN DARAH 'B' Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh merugikan..
KUMPULAN DARAH 'AB' Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tpt berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.

Salam...(^_^)
ReplyDeleteTahniah maznie...haha akhirnya walau debaran hnya Allah shj yg tahu, anda tlh buktikan pada rakan2 yg anda juga mampu turut serta derma darah...
bagus wooo...dgn darah yg didermakan dapat bantu insan2 yg memerlukan...
huhu...ntah naper tah tiap kali nak derma tu ada je halangannya...(T_T)
Thanx 4 da info n good luck 4 ur final year
wsalam.....maznikan....heheheheh.....apa2pun... success.....
ReplyDelete