Bismilahirahmanirahim...
Salam.....
Aku mulai dengan setinggi-tinggi kesyukuran kepada ALLAH s.w.t kerana masih diberi peluang menghirup udara pagi yg indah di buminya ini. Hari esok belum pasti. Mutiara kata yg sesuai di awal pagi ni ialah, jadikan hari ini lenih baik dari semalam..masa yg berlalu tak mungkin berulang ..
Ok cukup sudah ayat skema aku hari ni. Penat aih nk berbahasa pujangga nih. Tak ada apa yg menarik pun untuk aku kongsi. Hati selalu gelisah. Tak dapat nk fikir banyak. Gelisah dgn cabaran dan dugaan yg tak sudah-sudah. Bukan mengeluh dengan ketentuanNYA Cuma selaku insan serta hamba yg biasa terlepas juga keluhan berat mengenang nasib diri. Tapi syukurlah diri masih mampu berdiri. Benarlah ALLAH menguji hambanya sesuai dengan kemampuan hambanya. Itulah kebesaranNYA.
Apa yang aku nk tulis untuk entri kali pun aku tak tahu. Mukadimah bukan main panjang. Oklah alang-alang dh menyelam dalam cerita kebesaran ALLAH aku nk Tanya sapa yg pernah pergi Masjid Negara? Ok yg memang hari-hari pergi tak yah gelakkan aku yg baru berapa kali pergi ni. Hebat an akal yg dianugerahkan ALLAH kepada hambanya. Indahnya masjid Negara rekaan manusia itu sudah semestinya indah lagi ALLAH. Aku macam terpaku kejap bila menjejak kaki ke ruang solat utama masjid Negara. 2 hari lepas aku dan seorang kawan menjejak kaki buat kali keberapa ntah ke masjid yg istimewa ini bagi menyelesaikan kajian group aku berkenaan 3 masjid berbeza kurun di Malaysia. So aku pilih masjid Negara yg dibina era 18 ke 19 gitu. Sesat jugaklah nk sampai kat sana. Yang kelakarnya dah Nampak dh ni masjid tu tapi tak tahu nk masuk jalan mana. 2, 3 kali gak la main pusing-pusing kl. Tapi memang pengalaman lah. Sampai2 tu kami ambik wudhuk. Senang kt masjid ni. Mula-mula masuk dh jmpa tempat wudhuk dulu. Dh tu naik ke ruang atas atau ruang utama solat. Buat solat sunat masjid dulu sebelum mulakan apa-apa di masjid. Cari keberkatan. Jgn main redah je. Selesai tu kami jumpa dgn makcik yg jg kat sana. Perkenalkan diri. Baik makcik ni. Dia terus bawak kami ke office. Memang dapat layanan baik lah dari pihak masjid nih. Pegawai-pegawai dia pun semua ok. Kat sini aku nk ucapkan terima kasih pada semua yg telah membantu kami dn memberi kerjasama yg sangt baik kepada kami berdua. Dah dapat maklumat dr pegawai masjid Negara kebetulan dh masuk asar. Apa lagi kami ambik peluang solat berjemaah kt masjid rakyat Malaysia ni. Dari maklumat yg aku dpat kos pembinaan masjid Negara ni memakan belanja sebanyak RM200 juta . sumber kewangannya pula dari banyak pihak malah ada juga orang-orang bukan islam memberi sumbangan bagi pembinaan masjid ini. Memang indah sangat x dapat nk digambarkan dgn kata-kata. Selalu muslimah akan berada di sebelah tirai belakang jemaah muslimin tapi kali ni tak. Ya ALLAH rasa luas sngt. Tenang sangt. Tulah dia kebesaran ALLAH. Tak dapat nk di ceritakan dgn kata-kata. Selesai snap beberapa picture kami pun balik. Siaplah pengkajian kami. Balik untuk menyelesaikn lagi satu tugas. Membuat laporan.
No comments:
Post a Comment