bismilahirahmanirahim
Salam.....
Hari ni dh masuk 3 minggu hidup aku tak tentu arah. Penuh dengan kekacauan. Makan dh serupa tak makan...tido dh tak dapt nk menikmati..ketawa pun hampir hilang ikhlasnya.semua kerana ‘kamu’ wahai kamu.. kamu betul-betul menduga hatiku yg mengharapkan kamu itu..bilakah semua ini akan berakhir wahai kamu..tak sabar rasany mahu menunggu hari esok menantikan keputusan darimu...apakah yang akan dikau berikan kepada aku yang betul2 mengharapkan kamu.
Wahai kamu, banyak kerja yg aku hold dulu kerana kamu..pentingnya kamu dalm hidupku semua org tahu..banyak masa aku habiskan semua demi kamu..andai kamu tahu betapa pengorbanan yg telah aku lakukan..aku menantikan hari esok demi kamu...akan aku laungkan kepada dunia sekiranya segala usahaku demi kamu selama ini berjaya...
Blog sudah agak lama tidak aku singgah demi menumpukan sepenuh perhatian buat kamu. Bahkan hal-hal lain byk yg aku tidak pandang. Betapa kamu penting untuk aku.kalaulah kamu tahu betapa aku banyak berkorban untukmu...
Entah apa lagi mahu ku coret..rasa bagai diri sudah tidak seperti selalu..setiap masa kamu aku dekati..setiap detik kamu juga yg aku pandang...malah setiap saat hanya kamu difikiran...ohh..tak sabar menanti hari esok..tidak sabar mahu semua kekalutan dan kegusaran berakhir...tidak sabar mahu menikmati tidur yg indah..tidak sabar mahu makan tempe yg memang tempe bukan lagi resistor dan capasitor...
Detik 25.10.10 akan aku abadikan selama hidup ini wahai kamu...aku hanya mampu merayu di sini wahai kamu agar dikau memahami...namum pernahkan kamu memahami hatiku ini wahai kamu..padahal saban waktu kamu jugalah yg aku fikirkan...ohh kamu....mengertilah wahai kamu....pahamilah...
Sekian dari aku yg selalu mengharapkan kamu...
p/s: esok sekiranya aku berjaya, akan aku khabarkan kepada semua siapa ‘kamu’ itu ok... doakan aku guys..
ok...deal....
No comments:
Post a Comment