Pages

Tuesday, July 26, 2011

bila gila dah menjadi kegilaan

salam......

ok angin aku sgt baik untuk terus merepek di blog serba indah nih...heheheheh....
untuk pengetahuan semua..bersama aku di atas meja makan yang digunakan oleh aku dan adik2 sebagai meja study + meja bergosip + meja bertekak + meja letak laptop + meja baca majalah ialah beberapa keping CD citer korean..walaweh.....korean sekarang..no more indon or hindustan....korean ok....well...

tapi sebenarnya lama dulu aku dh suka citer korean ni tapi lepas tu dah x minat bila kat tv banyak mainkan cite2 mexico dan indon....namun begitu....wah..bahasa baku...hehehehhe...apabila aku telah diperkenalkan oleh teman dengan citer2 korean terbaru makan pun aku dah x pakai tangan..chopstik je memanjang..hahahahhaha...thanks Bel sebab kenalkan akak pada Lee Seung Gi.....kumawoo....

next time kita reveal hero korea yg hansem2 ni ok...


p/s: tetap berpijak di bumi yg nyata...
daaaaa.....



menggapai impian

salam....

annyonghaseyo....
kemunculan yang tetiba di blog yg sekian lama menyepi....kerinduan yang berdetik hadir memenuhi jiwa...kerunsingan yang belum berakhir di benak....itulah yang sedang bermain hebat memporak-porandakan kelansungan hidupku yang lancar...aigoooo....keluh orang korea...dugaan....tapi kalau asyik dipikirkan sangat boleh terganggu hidup....lantas bersama kepekatan malam yang ditemani unggas-unggas telah mendorong aku buat sekian kalinya mempersembahkan hasil nurkilan aku yang telah lama dihasilkan demi menggapai impaian sebagai seorang novelis.....huhuhuhu....ada harapan ke????? kui...kui...kui....


Bab 1

TAMAN yang indah itu sepi jua tiba saatnya….cinta yang penuh syahdu itu menghilang jua akhirnya…
“Alhamdulillah…tiba jua aku di tanah air sendiri.” Rania Syafina melepaskn  suara dalam nada bahagia sambil bibirnya terukir manis sebuah senyuman kepuasan apabila kapal terbang yang berlepas dari Kota London mendarat dengan selamat di KLIA.
 Kembalinya dia ke tanah air sendiri bersama segulung ijazah kejururteraan yang selama ini diidam-idamkan. Selama 4 tahun di rantau orang juga banyak mengajarnya erti sebuah perjalanan kehidupan walaupun hidup ini masih jauh perlu dilalui. Pahit, manis, suka dan duka adalah rempah ratus dan asam garam dalam hidup. Segalanya pasti memberikan pengalaman yang penuh bermakna dalam hidup. Setiap yang tersurat itu pasti ada makna tersiratnya. Itulah kata-kata yang selalu menjadi penguat semangatnya
             Troli bagasi milik Rania ditolak kemas menuju ke destinasinya. Di luar lapangan terbang Kuala Lumpur sedang menantinya ialah abang kesayangan, Ahmad Zafril. Langkahan Rania makin laju apabila matanya yang meliar mencari kelibat abangnya menangkap tubuh itu di celah ribuan manusia yang masing-masing punya tujuan tersendiri. Pandangannya dibalas manis oleh sebuah senyuman milik Zafril, abangnya. Dari jauh kelihatan tubuh milik abangnya agak kurus daripada dahulu. Adakah kerana keperitan itu menyebabkan abangnya makin kurus? Fikir Rania sambil melangkah mendekati abangnya. Senyuman saling berbalas.
            “Along datang sorang je? Ibu dengan abah  tak datang ke jemput Pina?” Rania bertanya dalm nada merajuk. Dalam pada itu tangannya dihulur untuk bersalam dengan abang tercinta. Huluran bersambut.          
 “abah dengan ibu mulanya nak datang tapi along tak benarkan. Jauh Kedah dengan KL. Abah bukannya sihat sangat. Lagipun adik tetap terus nk balik kampungkan. So, tak pala along je yang jemput pastu kita terus pulang kampung. Ibu dengan abah tunggu kat rumah . Dah jangan nak buat muka, kejap lagi jumpala dengan ibu dan abah. Itupn tak boleh sabar.” Suara seorang abang yang prihatin kepada adiknya.
             “Yela along. Baru je sampai dah nak kena dengar bebelan dia. Masih macam dulu gak. Along…along. Dah jomla cepat orang dah tak sabar nak jumpa ibu dengan abah ni. Tu beg yang besar-besar tu along angkat eih?” suruh Rania sambil diiringi sengihan manja.Zafril membulatkan mata mendengarkan suruahn adiknya. Belum sempat dia membuka mulut berkata-kata, rania telah jauh berjalan di hadapan. Isshhh budak ni…bisik hati Zafril lantas mencapai  kedua beg milik adiknya.
             Kereta Zafril meluncur laju meninggalkan lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur. Keadaan lebuh raya agak lengang kerana sekarang masih  waktu pejabat.
“Along, laparla. Kita singgah makan dulu eik. Dah lama tak makan makanan Malaysia ni. Pina nak makan nasi kerabu, rojak sotong, nasi lemak..aduh.. banyak ni nak makan.” Rania mengira sendirian dengan penuh perasaan.
” Amboi melampau la tu dik. Macam la hari ni je boleh makan semua tu. Perangai  tak berubah jugak. Kuat makan. Cubala kawal sikit nafsu  makan tu dik.” Leter Zafril panjang lebar.
“ Along ni, orang gurau jela. Tapi memang lapar ni long. Berapa lama dalam flight tadi mau tak lapar.” Rengek Rania manja.
“yela adik kejap lagi kita singgah kat mana-mana makan.” Balas  Zafril kepada adiknya.
              “Nak makan kat mana ni dik?”Tanya Zafril kepada adiknya. Tiada jawapan. Dia lantas menoleh ke sisi.”ermhh, patutla senyap je. Dah tidur rupanya. Masih berubah lagi perangai. Pantang naik kereta, cepat je dia lelap. Pina..Pina..”  Zafril mengomel sendirian. Lantas dia memperlahankan radio.
 Perdana V6 hitam milik  Zafril luncur laju membelah jalan raya  menuju ke destinasinya. Hampir 3 jam perjalanan, kereta milik Zafril masuk ke restoran jejantas Sungai Buluh. Rania terjaga dari tidur yang nyenyak.
“Kita dah sampai rumah abah ke along?” Tanyanya sambil menggosok matanya.
“Jauh lagi la dik. Tula tidur sampai tak ingat dunia. Separuh perjalanan pun belum lagi. Kita kat dalam KL lagi. Kita singgah solat dan makan dulu. Pastu kita gerak balik. Dah turun cepat pergi solat. Sudah solat nanti pergi cari tempat makan  kat dalam sana. Kita makan kat situ.” Zafril bersebelum turun dari keretanya.
“ermm.. ok bos” rania membalas sambil member isyarat tangan ok kepada abangnya sambil membuka pintu kereta.
             20 minit kemudian Rania menuju ke arah abangnya yang sedang bersandar di kereta menantinya.Langkahnya laju menuju  ke arah alongnya.
            “ Nak makan kat mana ni long? Pina dah lapar sangat ni.” Rania  bersuara apabila melihat alongnya hanya menonong berjalan melepasi beberapa kedai makan. Pada dia sekarang semua sedap.
            “Sekejapla. Cuba sabar sikit. Jalan tu cepatla sikit. Tak payah nak menjeling ke sana sini.” Rania memuncungkan mulutnya  mendengarkan bebelan alongnya itu. Langkah kakinya jua turut makin laju.
            Tidak lama kemudian Zafril masuk ke Restoran Sate Kajang. Rania tersengih seronok. Yahoo…makan sate. Hatinya bersorak riang.
              “Cukup tak  15 cucuk sate  tu? Ke nak lagi? Along boleh tambah lagi 20 cucuk.” Zafril  tau adiknya memang seorang yang kuat makan.
 “along ni saje  je. Nak perli Pina la tu.”suara Rania dalam nada merajuk. Seperti biasa mulutnya muncung sedepa.
“Eh, tak betul ke ape along cakap. Dah Tak payah nak buat muka macam tu. Buruk. Makan cepatla. Kata tak sabar nak jumpa abah dengan ibu.” Kata-kata zafril menambah muncung adiknya. Zafril hanya tersenyum. Dia tau rajuk adiknya takkan lama tambahan pulak dihadapan makanan. Beberapa ketika kemudian kelihatan Rania kembali khusyuk menikmati makanan dihadapannya. Itulah Rania Syafina. Adik kesayangannya. Bibirnya mengukir senyuman geli hati.
            “Adik sebelum gerak balik kampung, kita singgah rumah along kejap. Pastu lepas asar baru kita gerak ye. Along baru teringat ada barang along lupa. Lagipun adik bukan pernah sampai rumah along lagikan. Boleh eik adik?”.Zafril  berbicara  perlahan namun matanya masih tetap difokus pada jalan raya dihadapan.
 “Ermm.. Pina tak kisah. Janji pastu balik kampung. Ok la along, Pina nak sambung tidur jap ni. Nanti sampai kejut.” Balas Rania sambil menurunkan sedikit kerusinya.
 “eii, teruk la budak ni. Tidur je kejenye. Sudah-sudah la tu dik. Cuba nikmati permandangan Negara tercinta ni sikit. Tak patriotik langsung. Kalau orang lain dapat balik Negara sendiri mesti  dah kagum tengok Negara yang ditinggalkan lama. Dah makin membangun.” Zafrilseakan berceramah kepada adiknya.
“eihh along ni. Mula la tuh dengan ceramah dia. Nak tidur pun salah ke?” Rania mengerutkan dahi.
“Call ibu, bagitau kita gerak balik kampung lepas asar. Ibu belum tau lagi  sebab along bagi tau dia semalam lepas ambik Pina, kita gerak terus.”Zafril bersuara sambil menghulurkan telafon bimbit miliknya.
 “along ni saje je. Tak boleh  tengok orang senang tau. Ada je hal dia nak suruh.” Rania merungut namun telefon bimbit itu tetap beralih tangan.
              Rumah teres kembar milik  Zafril nampak indah dari luar. Ada kawasan lapang dikiri pintu pagar  kayu yang berukir cantik itu. Ditepi dinding sepanjang pemisah antara rumah jiran pula tersusun cantik pasu-pasu bunga dengan berbagai jenis pokok bunga. Persekitaran rumah itu Nampak ringkas tapi saujana mata memandang. Ditepi pintu masuk pula tersedia meja kaca kecil yang berukiran cantik bersama sepasang kerusi.
             “Along tinggal sorang ke kat sini?” Tanya Rania ketika melangkah masuk ke rumah itu.
“ Ermm.. sorang jela. Dulu along ingatkan  sinila along akan bahagia bersama keluarga along. Rupanya itu impian je. Along belum cukup baik menjadi seorang suami.”Zafril  melepaskan keluhan sebelum mengambil tempat di sofa yang berada di ruang tamu.
“Along ni.. sape cakap along Pina tak baik? Along  abang paling baik tau. Biarla long yang lepas tu. Insyaallah suatu hari nanti akan ada yang lebih menghargai along. Besar juga rumah along ni. Pandai along buat dekorasi. Ringkas tapi menarik.” Rania  memuji abangnya. Dia sengaja mahu melarikan rasa sedih abangnya itu.  Zafril  tersenyum bangga. Ternyata Rania kagum dengan hiasan rumah alongnya itu. Dari almari hiasan hinggalah ke kerusi semuanya dari kayu jati. Jam dinding besar yang tergantung cantik jua dari kayu jati berukiran halus.
“Nanti kalau adik dapat  keja kat KL tinggal dengan along jela  ye.”Zafril mengajak adiknya.  
“Sudah semestinya along. Kecil tapak  tangan, stadium Bukit Jalil Pina  tadahkan. Jimat duit sewa rumah nanti.”  Rania memberi jawapan pantas. Dia tersengih seronok.
             5 jam  perjalanan melalui lebuh raya utara selatan dan kemudian keluar ke susur  Kuala Kangsar  menggambarkan perasaan hati yang makin dekat denagn kampung halaman yang telah lama ditinggalkan.Zafril masih nyenyak tdur. Penat agaknya seharian memandu. Rania mengambil alih memandu kereta alongnya selepas mereka berhenti solat mahgrib di hentian rehat  Sungai Perak tadi. Dia  sebenarnya belum yakin mahu memandu kereta setelah hampir berapa tahun tidak memandu namun melihat alongnya yang  sangat kepenatan digagahkan juga diri. Ditambah dengan keadaan jalan raya yang banyak berubah  sangat memerlukan keyakinannya. Tidak lama dia mengambil masa untuk menyesuaikan diri memandu kereta alongnya itu. Apabila  kelihatan nama Baling  pada  papan tanda di tepi jalan hatinya bersorak riang . Dia  tidak salah haluan walaupun pada  mulanya kurang  yakin dengan keadaan  jalan raya  yang  baru. Akhirnya  Perdana  hitam  milik Zafril selamat tiba  di perkarangan rumah milik  Tuan Haji Hamidi. Rania tersenyum puas. Syukur Alhamdulillah sampai jua  di kampung halaman sendiri. Bisik hati kecilnya.
             Zafril terjaga apabila enjin keretanya dimatikan.
“Kita dah sampai ke dik?” tanyanya dalam keadaan mamai sambil menggosok matanya yang bagaikan sukar dibuka.  
“Dah long. Dah kat depan rumahpun. Sedap betoi along  tidoq kan. Siap berdengkur lagi.” Rania mengenakan alongnya sambil membuka pintu kereta. Di luar ibu dan abah mereka sedang menanti di pintu rumah dengan senyuman melebar menyambut kepulangan anak yang telah lama tidak kelihatan di depan mata.
 “Amboi dik, mentang-mentang dah sampai kampung halaman terus bertukar ke loghat utara. Ingatkan dah tak tau cakap utara.”zafril menyindir adiknya sambil membontoti adiknya dari belakang menuju kearah ibu bapa mereka.
“Eh along, Pina ni walau berapa lama di rantauan orang, walau beribu budaya mempengaruhi , namun Kedah dan Utara tetap di hati. Sambal belacan Pina tak  pernah tinggal tau. Betapa bangganya Pina jadi anak ibu, anak abah dan anak jati Kedah haa…” Rania membalas sindiran alongnya.
 “Budak-budak ni, pantang berjumpa bertekak  tak  habis-habis.” Puan Rogayah menyampuk sebelum sempat  Zafril bersuara melawan balas kata-kata Rania. Adiknya itu tersengih menang. Rania meluru mendapatkan ibu dan abahnya. Peluk cium dari ibu dan abahnya itu sudah cukup menggambarkan sebuah kerinduan buatnya.
             Pintu bilik yang 5 tahun ditinggalkan dibuka perlahan. Keadaan di dalam bilik masih sama seperti sebelum dia berangkat ke luar negara dahulu.Cuma sesetengah benda sahaja yang berubah. Cadar tilamnya sudah bertukar namun masih bertemakan pink. Warna kesukaannya. Cat biliknya  juga masih cat pink berkilat sama seperti dahulu. Meja bukunya yang sentiasa kemas juga langsung tidak berhabuk. Mesti ibu selalu kemaskan bilik ni. Bisik hatinya. Jam meja  Pooh miliknya masih terus berdetik merentasi masa. Potret gambar keluarganya terus melambai segala memori lama. Indah. Itulah gambaran cerita zaman kanak-kanak Rania Syafina. Bagasi besar yang dibawa pulang dari UK dibuka perlahan. Segala barang-barangnya dikeluarkan termasuklah ole-ole buat ibu, abah dan alongnya. Baju-baju disusun asing untuk dimasukkan kedalam almari baju. Buku-buku tebal miliknya di kemaskan di bahagian meja bukunya. Pantas sahaja tingkahnya mengemaskan 2 bagasi yang penuh dengan segala macam barang termasuk kenangan-kenangannya. Baru sahaja dia selesai menyusun baju-bajunya didalam almari, pintu bilik dibuka dari luar. Wajah Zafril kelihatan.
“boleh along masuk?”Tanya Zafril di muka pintu. Rania memandang alongnya sekilas.
“Eh along ni. Sejak bila tau mintak pulak. Selalunya main redah je. Masuk jela. Itupun nak tanya-tanya.” Rania membebel panjang lebar. Langkah kaki Zafril  terus ke katil adiknya. Rania masih meneruskan kerjanya melipat baju sambil mengemas barang-barang lain yang dibawa pulang olehnya.
“Nah along. Ni untuk along khas dari Kota London dan ikhlas dari adik kesayanganmu.”Rania bersuara manja lantas menghulurkan sesuatu kepada alongnya. Sebuah kotak sederhana besar berbalut cantik disambut dengan senyuman oleh Zafril.
“Sebenarnya  nila tujuan along masuk ke bilik adik. Ingat jugak adik kesayangan along ni pada along kan. Tapi takkan satu je dik. Tu along tengok banyak je kotak-kotak berbalut cantik.” Bicara Zafril  dengan muka sekupangnya.
“Eh along ni. Orang dah bagi tu cuba bersyukur sikit. Ni untuk ibu dan abahla. Yang lain ni untuk kawan-kawan Pina. Semua sorang satu je ok. Adilkan?” Rania bersuara dengan mimik  muka geram.
“Yela..yela…terima kasih adik tersayang.”Zafril membalas lantas bangun. Malas dia mahu bertekak dengan adiknya itu. Sebelum keluar dari bilik adiknya itu sempat dia menarik hidung mancung milik Rania. Rania menjerit kesakitan tapi Zafril terus hilang di muka pintu. Zafril  sempat tersengih puas. Ternyata kedua beradik ini masih sama seperti dulu. Sama seperti zaman kanak-kanak mereka. Merekalah kawan. Merekalah adik dan abang. Saling menyayangi dan akan terus menyayangi. Itulah nilai yang telah diterapkan oleh kedua ibu bapa mereka. Masih terkenang lagi semasa zaman persekolahan mereka, pagi-pagi lagi kedua-duanya berkayuh basikal ke sekolah. zafril dengan basikal BMXnya. Rania pula dengan basikal mini berbakul di depan kesayangannya itu. Hari pertama ketika Rania terpaksa ke sekolah bersendirian kerana alongnya sudah naik ke sekolah menengah, semahu-mahunya anak kecil itu menangis kerana alongnya tiada. Ketika itu dia di darjah 4. Puas di pujuk barulah dia mengerti. Rania tersenyum sendirian mengenangkan kisah kanak-kanaknya.
             Selesai mengemas barang-barang, Rania turun menemui abah dan ibunya. Buah tangan dari UK bertukar tangan. Puan Rogayah dan tuan Hamidi tersenyum manis menerima pemberian dari anak mereka. Zafril yang baru selesai bercakap di telefon turut menyertai mereka. Banyak yang mereka borakkan. Bermacam kisah terungkai. Cerita  indah dan duka. Sudah lama mereka tidak duduk sekeluarga seperti ini. Zafril pun bukan selalu dapat pulang sejak mula berkhidmat sebagai jurutera computer di sebuah syarikat di ibu kota. Sejak cerita dukanya berlalu dia lebih banyak menghabiskan masa dengan kerjanya. Kadang-kadang bilik  pejabatnyalah menjadi kamar tidur di kala kepenatan. Wang gajinya pula selain diberikan kepada kedua ibu bapannya banyak dia habiskan untuk mengubahsuai kereta wira kesayangannya. Di samping memiliki Perdana V6 biru. Zafril juga memiliki sebuah Proton Wira hitam yang diubahsuai menjadi sangat sporty. Dialah peminat kereta sejati. Sanggup melabur beribu-ribu untuk keretanya itu. Semuanya telah diubahsuai terutama bahagian dalamnya. Ternyata perlabuarannya tidak sia-sia. Keretanya memang sangat menarik sekali. Bukan lagi Proton Wira biasa. Ramai penggemar-penggemar kereta mengagumi keretanya. Kelajuan kereta itu sudah setanding  BMW, Mitsubishi Evo dan kereta mewah lain  maklumlah enjinnya juga sudah ditukar kepada enjin turbo.Itulah Zafril. Minatnya pada kereta tidak berubah sejak dahulu lagi.
                                                


Wednesday, January 26, 2011

teka-teki

bismilahirahmanirahim....

salam....

jam sekarang pukul 11.13 p.m...mata aku segar gila....baru pas bgn tido....tp dh mandi n solat eik.....balik hospital td singgah pasar malam...smpai umah terus melantak  nasi kerabu..gila super pedas cili sambal dia...terangkat b****t......pas solat maghrib lena sampai kul 10.00 gak ar..siap blh mimpi pergi buat PPM lagi kat hospital td...uihh...sampai terbawak-bawak ke mimpila hal kt tempat kerja...tgh sedap2 ika kejut suh ubah keta pulak....and now mata aku sgt segar untuk kembali membuta.....

so, aku decide merepek-repek jap kat blog superb aku nih.....tetiba ada idea plak nk merapu kat sini an...layankan ajelah maznie.....

ok...sebenarnya aku ada teka-teki nk kongsi dgn semua...well...sebelum ke agenda seterusnya kita asah sikit otak yg makin karat dan membeku tu ....

simple je teka-teki ni....akupun dpt dr kwn-kwn gak.....why not we are share an? sharing is caring wat....

ok.....teka-tekinya...

1. haiwan apa yg paling besar kat dunia?

2. kuali apa yang paling besar kat dunia?

3. berikan 3 cara mudah nk masukkan gajah dalam peti ais?

4. lipan ada 100 kaki tapi kenapa bila nk belok kakinya tinggal 99?

5. apa persamaan antara mayonis dan sperma?hahahahahha...


ok....actually byk gi tapi cukuplah share 5 an....hahahahaha....

now..jom ke agenda seterusnya......agenda PCTBC.....Plan Cuti Tahun Baru Cina....wat the stupid agenda....
oihhhhh....bg aku sgt bermakna kot PCTBC ni...ye ar nk kena ar plan baik2....nk balik kg an....alah engkau maznie mcm x pnh blik kg.....hehehhehehe........rindu ar......anak manja kot ni....eih..x..x....tp btla la rindu....dhla 23 lepas pakat celebrate besday abah tanpa aku kat umah..bukan main lak tu bercerita...hangin jerk dgar..dan yg pasti bkn aku jer bt PCTBC ni aw....my mummy dh call dh duk bgtau apa plan cuti ni...padahal cuti seminggu jer...mummy..mummy....that is you.....

oklah...enough untuk hari ni.....walaupun belum rasa nk tido tapi aku harus paksa tuk tido jgk..esok bgn awal...kerja..kerja...kerja...lagi pulak nk pikir hadiah untuk my lovely daddy....masa yg sesuai untuk aku berfikir dan berangan ialah detik-detik mahu melelapkan mata....so....lets me fly.....

wasalam.....

p/s: senang bila aku adalah aku....



Tuesday, January 25, 2011

bismilahhirahmanirahim....

salam...
rasanya sudah  lama aku biarkan ruang blogku sepi tanpa cerita dan kisah yang baru....bukan hilangnya aku kerana malas menjengah tapi sepinya aku kerana memenuhi  fitrah hidup insan yang sentiasa penuh dengan agenda...ahh...berpuitis pujangga pula an......ok...enough maznie....

ok sebenarnya x muncul kerana aku agak sibuk menjalani praktikal di hospital Sg. Buloh sekarang ni. So, hari-hari mengadap mesin, balik umah dh kena buat logbook pulak. pergi dengan bulan, balik pun selalu dengan bulan jugak....so, i have no time nk singgah di Pencarian identiti ni....

entri ni adalah untuk merungkai misteri entri yg lepas....lama baru nk terungkai an......well... al-maklumlah.....busy..... tapi sebenarnya sukar nak dapatkan kepastian sebab hal-hal mcm ni melibatkan sesuatu yg tidak nyata.....hanya yg mengalaminya sahaja yg tahu....sapa yg k buka pekong untuk mengaku an...aku nk explain pun susah gak....lagipun ini melibatkan orang..orang yg cetek ilmu agamanya....jauh tersesat apabila sanggup menghambakan diri pada makhluk selain ALLAH...syirik....aku x maulah komen lebih-lebih sebab ni antara dia dan ALLAH....tapi semoga yang terlibat tu kembali ke pangkal jalan....

apa yg nak aku highlight kat sini adalah tentang kejahilan manusia dalam mencari arah hidup yang berpanduan dan berprinsip....kita hidup biarlah berlandaskan hukum ALLAH.....barulah kita temui kenikmatan kurniaanNYA itu....


Rasanya cukuplah untuk entri kali ni.....badan dh penat ni.....otak pun seakan membeku....tilam empuk memanggil-manggil.....so.....good nite...




p/s: jalan mana yg terbaik dalam mencari kebahagiaan.....








Sunday, December 26, 2010

seram gilaaaaa.....

bismilahirahmanirahim....


salam...


hari 26.12.2010. lokasi aku sekarang adalah di rumah pakteh. esok aku akan balik ke kampung halaman sebelum kembali ke kuala lumpur bagi menjalani praktikal bersama kawan-kawan di hospital sungai Buluh.semalam juga hari terakhir aku bekerja di restoran mak njang sebagai cashier a.k.a tauke sandaran. almaklumlah anak buah tauke an..heheheheh...ternyata hari-hari yg telah aku lalui mengumpul bermacam cerita manusia..panduan dan pengalaman untuk aku bila aku  mengharung dunia yg akan mendatang.. alhamdulillah...hampir ke penghujung sudah aku mencari dan menuntut ilmu..result final exam pun sudah keluar..syukur..segala penat lelah terbayar jua akhirnya.. sebenarnya bukan perihal praktikal yg ingin aku kongsi pada entri kali ni tapi kisah seram yang x mungkin akan aku lupa..betul-betul menduga iman dan hati...namun ternyata tiada yg bisa menandingi ALLAH....dialah yg berkuasa..pencipta segala makhluk.....


kisah seram ni berlaku beberapa hari selepas aku start bekerja ...aku sendiri yg mengalaminya..tapi baru sempat tulis sebab sibuk dgn restoran maknjang..ni baru ada masa free sikit..kalau tidak laptop pun jarang aku bukak..balik dr restoran pukul 6 ptg..mandi..solat maghrib..tggu isyak..terus tido..memang penat betul sebulan nih...tapi yg pasti kerja kali ni berat badan aku langsung x turun2..tula yg susah bila kerja kt kedai makn..asyik mkn jek...tp dulu aku masa aku kerja kt kiosk buat wafer slim pulak...ohhhh lupa masa tu gi kerja an nek basikal..sebulan kayuh basikal jerk...kali ni..pergi blik berdriver...itu bezanya maznie oiii....


lahhhh...byk pulak membebel....bila nk sampai point entri nih...ok2...kita start...peristiwa seram nipun berlaku masa aku bersama paksu, cu dan shanin pulang dari restoran maknjang...seramnya kisah ni rasanya lagi gempak dr cerita hantu mak limah balik rumah arahan mamat khalid tu..series seram giler....


ok...aku nk startkan kisah yg menyeramkan dr sekarang..hari tu dh msuk hari ketiga aku kerja kt kedai mak njang...sebagai cashier merangkap tauke kedua kerana mak njang selaku tauke bekerja. hari itu selesai sahaja mengemas kedai dan menutup pintu lebih kurang pukul 6. 30 lebih kami pun bergerak pulang. aku bersama maksu dan paksu sebuah kereta. pak njang pula membawa pekerja yg lain. hari ini memang memenatkan sekali. kami tiba di rumah sudah hampir masuk maghrib. suasana pun sudah nak gelap. shanin sofiya masuk2 kereta dr kedai td terus tido. aku turun dahulu. dari luar kereta aku mengeluarkan semua barang-barang. tiba-tiba aku rasa bahagian belakang aku sekitar paha dan keatas bergesel sesuatu...sekali...dua kali....hati dh berbisik pelik....dan bila kali ketiga terasa gesel itu, aku terus berpaling....


YA ALLAH.........Pak SUUUUUUUUUUU!!!!!!!!!!!!.......jeriit aku kuat.....sebesar-besar anjing sedang memerhati aku tajam....sumpah!!!!besar gila...anjing tu warna hitam...paksu dan maksu yg terkejut mendengar jeritan aku terus turun dari kereta. paksu mencapai kayu besar mahu membaling ke arah anjing tersebut namun sekelip mata ia hilang dr pandangan....serius takut gila aku....nasib baik dia x gigit....yg peliknya selama kami tinggal kat situ x penah tgk anjing sebesar tu malah jarang sekali ada anjing yg datang menghampiri manusia sebegitu...yg x blh aku lupa renungan anjing tu....ia sekadar memandang tajam ke arah aku sebelum aku menjerit kuat dan ia hilang dr pandangan kami....lepas tu terus kami ke car wash berdekatan untuk aku samak sekalian menyamak kereta...nasib baik ada tanah di sekitar situ....satu baldi air tanah aku mandi...gelak india yg bekerja di car wash itu...yela mandi pakai air tanah pastu sembur pakai penembak air yg dok tembak kereta tu....sakit kot....maksu siap explain kenapa aku mandi air tanah tu....terhangguk-hangguk dua india di situ...


selesai satu bab....sesudah tu kami pun naik ke ats rumah....shanin masih tido di bahu paksu...sebelum naik ke atas maksu sempat berpesan agar membaca ayat kursi....bimbamg jugak kerana peristiwa anjing tadi...masuk je ke dalam rumah paksu meletakkan shanin di tempat biasa..diatas tilam busuknya...tapi kelihatan pelik bila paksu masih berteleku menongkat lutut berhampiran shanin....lama....lepas tu bermulalah dialog antara kami...


"paksu, kenapa yg lama sgt duk mcm tu?" aku bertanya apabila melihat keadaan paksu yg sedikit lain tu..
maksu disebelah turut bertanya hal yg sama...paksu masih belum bersuara...seketika kemudian dia bgn berdiri..riak wajahnya sudah berubah lain...


"lain macm ni rumah kita..ada benda ni ikut kita".sepantas paksu bersuara begitu, meremang segala bulu yg ada...dr bulu kaki sampai ke bulu tengkuk....dan start dr situlah bermula peperangan kami dgn makhluk ALLAH yang bongkak apabila disuruh sujud kepada nabi adam...iblis laknatullah....masa tu aku blm rasa apa2...tapi maksu dan paksu memang kena serang teruk...kami baca ayat haikal....x berlalu jgk makhluk tu....dgn ayat kursi....masih degil....kata maksu masa dia baca ayat 34 surah al-baqarah, rambut dia macam ditarik kuat.....x tahulah iblis jenis apa yg dtg mengganggu kami...


" takpa....dia igt dia kuat...dia hebat....dia pun makhluk mcm kita...ALLAH  yg jadikan dia..ok...semua gi amik air sembahyang...kita sembahyang..lepas tu kita baca yasin 7....dia x mau lari ya....x pa..."paksu bersuara keras....


aku bergerak dahulu ke bilik air...mandi sekejap..ambik air sembahyang..


"kak long, cuba mai berdiri kat tingkap ni...dia ada kat sini ni...." paksu bersuara tatkala aku siap solat...


kaki aku melangkah menuju ke arah tingkap..belum sampai pun aku ke arah tingkap, terus terpacak, meremang bulu tengkuk aku..x lepas aku nk melangkah lagi...memang betul ada sesuatu kt situ....


selesai je semua solat isyak kami mula baca yasin 7....betullah kuasa ALLAH tu maha hebat....bila mula je kami tarik yasin yg pertama rasanya terbang semua segala bentuk benda-benda jahat...lapang rasa suasana...series aku cakp...hilang terus rasa takut.....memang x terlawan dia dgn surah yasin tu....baru dia tahu....pukul 11 lebih jgkla kami selesai...blh dikatakan mcm berperang gak ar.....first time alami benda-benda mcm nih....


selepas tu kami keluar..nk celebrate besday shanin...lepas amik shahira, student cu, kami berlegar-legar cari tempat mkn....sementara mencari tu..aku pun bukak la cerita sal anjing yg bergesel kt aku td tu...ermmhhh....
sekali lagi....dia dtg balik...tp x teruk sgtmungkin sebelum masuk kereta td kami dh baca ayat-ayat suci al-quran....mujurlah maksu mmg simpan yasin dalm kereta....seround jgk dia baca.....dan memang dahsyat apa yg kami kena....cerita ni x berhenti kat sini....selepas peristiwa tu dan beberapa hari yg kami lalui ada sesuatu yg kami temui....untuk sesuatu itu entri lain kalilah aku sambung pulak....dh penat menaip....




p/s: entri seterusnya,  kebetulan atau kepastian....





Tuesday, December 21, 2010

ternyata sukar

hati terasa bagai mahu bersuara..namun bibir pula kelu untuk berbicara..lantas segala yg terjerat dijiwa terus kaku disitu...ternyata hari yg aku lalui hari ini penuh coretannya yg tersendiri...dalam senyuman mesra yg aku ukir akal masih mencari apa yg bergelodak hebat di sanubari....cerita hati yg aku sendiri tidak fahami...lara jiwa yg membawa aku jauh di awangan membuka ikatan perasaan yg membelit rasa....


dan satu nekad perlu aku pertahankan....teruskan atau aku  perlu ubah haluan mencari damai yg lain....ya...semuanya terletak dan bergantung pada aku....jalan mana yg harus aku tuju itu aku sendiri jua yg tentukan....ternyata terlalu sukar sekali membulatkan hati memegang satu tekad...cabarannya terlalu besar....


lalu berserah aku pada yg lebih mengetahui.....untuk aku tentukan semuanya...jalan mana yg ternyata sebaiknya...gelisah hati masih terus menghuni dan merajai hati...sampai bila akan kutemui penyudahnya...


masih tetap aku melangkah walau dalam payah...masih utuh aku berharap walau terasa sukar....masih gagah untuk aku tersenyum kerana itulah pengubat duka....masih mampu aku berbicara bila diri diasak cerita dunia....


tahun 2010 hampir untuk berlalu pergi bersama ceritanya....bakal membawa aku menjelajah tahun baru yg makin hebat rencahnya...membawa aku bersama seribu satu memori yg hanya kekal untuk diingati selamanya.....


rindu.....ya aku rindu untuk kembali ke detik itu.....bersama mereka membuai hari-hari indah....bersama mereka mencipta ketawa dan gundah....dan dengan mereka jualah bila berbalah....kita semakin jauh meninggalkan kisah indah itu...kita makin jauh membawa haluan yg berbeda...




p/s: pilihan itu milik aku...





Monday, December 13, 2010

bila aku diantara mereka.....

bismilahirahmanirahim.....

salam....
td lepas maghrib mata dh ngantuk sgt dh..igt pas isyak terus nk tido..yela aku kn sgt sbuk sekarang ni.. dgn bisness..sibuknya aku mcm aku yg taukehnya...payah2 sgt bagi aku jela yg jd taukeh kt restoran maknjang tuh...aku ja yg tau semua....harapkan aku mcmla aku akan kerja kat situ selama-lamanya...
tajuk entri buat aku x blh nk lelapkan mata.esok nk kena bgn awal...buka mata kerja..igtkan restoran makcik ja..kalau kedai org lain dh lama aku cabut....kesabaran aku memang teruji gila kerja sana....manusia ni mcm2 kerenah....sakit hati, sakit kepala,sakit mata, sakit badan..semua ada...ishhhh.....blh ke bertahan sampai 26 nih?????argggghhhh!!!!!!!..lambatnya rasa masa berlalu...
bebalik pada tajuk entri..td tgh sedap tgk cita kt tv 9 pakteh call..mintak tolong jaga anak2 dia esok...dia tetiba ada hal penting...dia dh x der org sgt yg boleh diharap jaga 3 org anak2nya...danish...amsyar dan syifa...
tunggu maknjang balik dr beli brg nk tnya...padahal aku mcm dh agak jwapan dia..tp berdoa gk blh lepas...kesian kat pakteh gk...sana pakcik..sini makcik...aduh...ermmhhh...memang dh sah jwpan dia...mati2 mak njang x bagi...kedai memg tgh x cukup pekerja sekarang...
sedikit terkilan gak la x dpt nk tolong pakteh yg memang memerlukan bantuan aku untuk esok....bak kata pepatah...ditelan mati mak..diluah mati bapak...
itulah yg aku tgh rasa sekarang nih....nk tido pun x dpt....serba salah sgt....harap pakteh jumpa penyelesaian yg lain...itulah doa aku....esok nk kerja pun mcm x der mud dh...
inilah bila kita tersepit di antara dua.....kalaula blh aku tlg kedua2nya....hati akupun lapang....harap pakteh x berkecil hati dgn aku....aku insan kerdil yg x bisa memenuhi semua permintaan....
cukuplah dulu....nk kena tido...esok semangat ke tak ke..kerja tetap kerja....kalau ikut hati mmg x seronok pun kerja situ...byk2 tempat yg aku pernah kerja setakat ni...honestly...sori maknjang lau mak njang marah..tapi mmg aku dh ckp kt maknjang..tension gila aku kerja sana....tp aku masih dlm kawalan.....
nk tidolah...nite....

p/s: depa blm tau lagi sapa maznie......