Pages

Friday, March 26, 2010

terus mencari..

SALAM.....


dh byk hari x update blog nih..
mggu ni sgt-sgtla bz...
tido pun aku dh x sempat nk menikmati btl2..
waktu btl-btl membutuhkan aku menyiapkan segala mcm lab dan esemen yang sgt byk..
td igt dh boleh hntar vlsi..
issshhhhh...
ada lagi yg nk kena tambah pulak...
pening aku....
dan demi kerana itu hr ni aku x dpt blik umah cu..waaaaawaaaa...
nk balik....
tensionya....
x blh la x blik...
lain mcm rasa...
nak balik..nak balik...

ada hal yg menyentuh hatiku...
utk teman yang berterus terang kerana ketelanjuran kata-kataku..
terima kasih kerana dikau mengingatkan aku..
jangan ada jurang yg bisa menggoyahkan ikatan persahabatan yang telah terbina...
andai aku salah tegurla...aku juga cuma insan biasa...
andai bicaraku meninggalkan rasa, maafkanlah..
aku bukan siapa-siapa..
tiada istimewanya aku..
insan biasa yang menumpang menagih secebis keredhaan ILLAHI untuk meneruskan sisa-sisa hidup kurniaanNYA..

"sesungguhnya setiap org islam itu adalah bersaudara"-al-hujurat,ayat 10-

pada si DIER yang telah ku guris hatinya..
sejuta kemaafan aku hulurkan...
bukan niat utk melukakan..
sekadar berharap pada kisah yang lebih indah untuk kita pada suatu masa..
ku harap dikau akan terus bertahan..
jangan begitu pengakhirannya..
aku tidak tega untuk melepaskannya..
kerana bila hati sudah terpaut..
sukar dikikis kenangannya..

sukar perjalanan hidup membuatkan kita lebih menghargai kehidupan..
teruskan melangkah walaupun payah..
kepayahan itu bakal menerbitkan sebuah kekuatan..
dalam susah aku dibekalkan dengan rahmat kekuatan..
jangan mengalah..
cerita esok belum tentu suram jua..

"andai kata dunia hendak meraih cinta,ia xkan mampu dan andai kata ia hendak menolaknya ia juga xkan kuasa..kerana cinta itu anugerah,bukan satu hasil usaha..cinta berasal dari ALLAH"-AL-HUJWIRI-



Saturday, March 20, 2010

sampaikan..

salam..
Madah-madah indah!!!!
  Sekira -nya waktu itu menjadi kenangan untuk kita ingatinya  untuk sepanjang zaman. Ingat -lah aku selagi mampu jika pula masa yang  akan mendatang memisah -kan keakraban yg telah terbina ukir -lah secebis tentang aku dihatimu agar nanti tika bersua kau masih mengigati diriku ini .

  Apabila kau ingin berteman janganlah pandang pada kelebihannya kerana mungkin dengan satu kekurangan kau akan menjauhinya…andai kau ingin berteman jgn pula dinilai kebaikannya kerana mungkin dengan satu kelemahan kau akan membencinya…andai kau ingin berteman janganlah diuji akan ilmunya kerana apabila ia buntu kau akan menyisihnya..andai kau ingin berteman terimalah dia seadanya kerana dia hanya seorang teman yg hanya manusia biasa sepertimu jua…
  Ku doakan moga engkau menjadi golongan insan yg tiap detik bibirny basah dgn ASMA ILAHI…hatinya jernih mengagung ILAHI…jiwanya rindu bertemu RABBI..hidup dan matinya dalam mahabbatullah yg hakiki.
  Jadilah insan yg hatinya di nanti dan perginya di rindui kerana mncari kawan yg setia & jujur ibarat mencari sebutir permata di sebalik timbunan kaca.
  Persahabatan itu dihati walau bersendirian pasti ia menemani,setiap orang manis mampu di kenangi,walau tiada di mata kini,ia hadir bila di rindui,kerana asasnya ia kekal di dasar hati..
  Landasan iman ialah jiwa yg suci..landasan ikhlas adalah hati yg jernih...  landasanpengorbanan adalah akidah yg kukuh..landasan persahabatan adalah jujur & ikhlas.
  Jika syurga menjadi idaman,jalannya seluas mata memandang,jika keampunan yang di damba , gerbangnya setia menanti…usah gusar dugaan di hadapan,andai hati nekad mengerja cinta ILAHI..

  Ku minta pada RABBI setangkai bunga segar,DIA beri kaktus berduri..
ku minta kupu-kupu.. DIA beri ulat berbulu..ku sedih dan kecewa.. Namun,demikian..kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik.. Itulah jalan ALLAH..indah pada masanya..Tuhan tak memberi apa yang kita harapkan tetapi dia memberi apa yang kita perlukan.. Kadang-kadang kita sedih,kecewa,terluka tetapi tetap jauh di atas segalanya
DIA telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita..

  Andai tidak berhubung bukan tanda tidak mengingati tetapi merenung dalam diri adakah dalam hati terjelas keikhlasan dalam jalinan persahabatan… sukar menzahirkan kejujuran tetapi lagi sukar dan pahit untuk mengatakan ketulusan hati.. Renungi dan hargailah sesuatu yang bermakna itu kerana ia akan hilang tanpa kita sedar..

  Apabila seseorang melukakan hati kita.. Catatkan ia di atas pasir supaya ia akan terkambus ditiup angin kemaafan.. Tetapi,apabila seseorang itu membuat kebaikan kepada kita,ukirkannya di atas batu supaya angin kemarahan tidak mampu memadamkannya..

  Mengingati teman tanda persahabatan.. Mengingati mati sumber keteguhan iman..Mengingati akhirat semulia-mulia ingatan.. Mengingati ALLAH nadi ketenangan.. Dakaplah keredhaan ALLAH pada setiap kesempatan seeratnya…    

  Kadang-kadang kita tak sedar orang yang kita peduli sayang sungguh pada kita.. Kadang-kadang kita tak sedar kita terlampau sayang kat orang,sedangkan hati kita selalu terguris oleh perbuatan dia.. Dan kita tak pernah sedar kita bukannya sempurna untuk mendapatkan orang yang betul-betul sempurna dalam hidup kita dan kita bukanya siapa-siapa untuk buat orang yang menyayangi kita macam yang kita sayang kat dia…sebab kita cumalah manusia biasa…

  Andai diri terasa lemah bangunlah munajat kepada ALLAH.. Dengan izinnya yang lemah dipandang gagah,yang sedih dipandang ceria,yang resah menjadi tenang.. Sedikit pengorbanan selamanya terasa.. Adakalanya DIA memberi sebelum sempat kita meminta kerana DIA mengerti keperluan hambanya.. Adkalanya DIA mengambil semula sebelum sempat kita bersedih kerana DIA ingin menguji keimanan hambanya..

  Carilah sahabat apabila dilihat wajahnya teringat ALLAH.. Mendengar katanya IMAN kita bertambah dan apabila mendampinginya kita tenang.. Itulah sahabat sejati…

  Tatkala dirimu bak Srikandi Khadijah,haluskan akhlakmu seperti Fatimah Az-Zahra.. Sampaikanlah ilmu sebijak si merah Aisyah.. Teguhkan imanmu seteguh iman Sumaiyah.. Sucikan hatimu sesuci hati Rabiatul Adawiyah… barulah dirimu menjadi Ainul Mardiyah…

  Sesuci titis qatrunnada buat gadis seindah penghuni syurga… yang maharnya IMAN dan TAQWA lalu dihias harum tulusnya cinta.. Buatmu ukhti.. Ku doakan untaian mutiara solehah…

  Mujahidah sejati… engkaulah srikandi pembela agama.. Peribadi solehah hiasan diri.. Subur dengan iman dan ketaqwaan..Mujahidah sejati.. Akhirat utama kerana dunia,bukan pilihannya..Mujahidah sejati.. Hatinya berbeza kerana diasuh iman dan taqwa.. Paras rupa,bukanya ukuran.. Nilainya sama di sisi Tuhan.. Cuma ibadah yang membezakan wanita solehah di sisi TUHAN… berhati-hatilah hasutan dunia.. Duhai empunya hati ini…

  Muslimah, apabila teruna memandang dikau,kau tunduk mengelak panah syaitan, apabila teruna mendekati selangkah, dikau berundur beribu langkah, apabila teruna memujuk rayu, dikau anggap itulah kalimah iblis syaitan, apabila teruna menutur harapan indah, dikau yakin JANJINYA lebih bahagia disana, kerana kau mengerti dan menyedari akan erti maruah peribadi yg diselaputi iman yg hakiki, yg tidak semurah itu, perbaiki diri & serulah yg lain.

  Nikmat plg manis apabila ALLAH mentarbiah kita dgn pelbagai ujian namun, tautan ukhwah mampu berhadapan dgn sejuta kesulitan,yg memberi suntikan semangat perjuangan… alirkan halawatul ukhwah,kesungguhan dlm berjuang melalui robitoh hati..YA ALLAH!!! Peliharah sahabatku, peliharalah ukhwah kami..

  Carilah keikhlasan dalam takbiratul ihrammu, kedamaian di dalam ruku’mu, ketenangan di dalam sujudmu, kerana disitu terkumpul cnta ILLAHI, cinta yg hakiki.

  Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu, yg tlh dilupakan.. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dgn sempurna sehingga anda melupakan kegagalan oleh kekecewaan masa silam.

Friday, March 19, 2010

kesempurnaan???

SaLaM...

dh beberapa hari dh aku x update blog aku ni..balik hostel isnin lepas ni aku kena demam yang kuat jgkla..beberapa hari itu jgklah tiada kedengaran suara bising  aku memecah keheningan wing B hostel siswi UNIKL BMI tuh..hahahha...suka buat bising aku nih...kebetulan pulak hari selasa tu besday aku.. wehh..xdk sapa ke nk wish bday aku?...tqla mmbr2 yang igt besday aku ni..hadiah mana??? tp ada baiknya sakit yang x seberapa ni..selain penghapus dosa-dosa kecil x adala aku nk kena simbah dgn bahan-bahan campuran segala benda yg konon nk rai besday aku tuh..ditambah dgn telur yang bisa baunya sampai 2,3 hari..huhh..x sanggup den..awal lagi aku dh tido..blm kul 12 g.. memang x larat sgt sbnrnya..sampai yang datang bilik aku kul 12 tuk wish besday aku tu pun aku dh x igt sapa..sedar x sedar dh..pas mkn ubat terus tido..monyok ja seminggu ni kat kolej..tp alhamdulillah..dh makin baik dh hari ni..tgl lagi selesema and batuk sikit2 lagi...

call free seminggu ni aku habiskan dgn mengcall family tersayang di kgla selain ????..time-time sakit mst igt umh..kalau kt umah for sure abah and mak memberi banyak ruang untuk aku bermanja..nk mkn ape mst dpt punyalah..maakkkk...rindu...dari kejauhan mak igtkan aku mkn ubat..ok bonda..turut perintah..

entri ni sbnrnya bukan nak cerita sal besday aku yang dh expired tuh.. ada cita lain..sesuatu yang menggamit aku untuk menulis dan berfikir..seperti biasalah mcm dlm entri yg seblum ni aku tulis, kalau hari jumaat mst kepala otak aku dh igt nk balik rumah maksu di selayang..bulatan Batu Cave yang sgt sibuk menerjah di benak..jap lagikan nk lalu ikot situ lau balik umah maksu..nk travel dgn bas..

hari ni kelas x byk.. al-maklumlah hari jumaatkan.. cadangku mahu memulakan travel tepat jam 11. nk relak-relak dulu kt bilik.. teman sebilikku awal- awal dh gerak.. mmg padan kami jd roommate.. sabtu ahad x pernah nak ada di hostel..dia pulak rumah yang dekat dgn BMI..lagila..hahahha..ika..sem dpan kita dok sebilik lagi aw..sehati sejiwa.. sambung balik..tiba-tiba kul 10.22 maksu aku call tanya nk blik x, dia nk datang ambik..lagi nk tanya an?? dh tentu-tentu aku balik..ok set maksu datang ambik pukul 12.30..yahoo x yah naik bas..

maafla belum sampai ke klimaks cerita aku..ni baru muqadimahnya baru..hihihi...12.30 berlalu..deringan henpon aku memberitahu yang maksu dh ada kt bawah..akupun bergerak turun dgn segala barang yang perlu..Satria Oren pun berdesup memecut meninggalkan perkarangan UNIKL BMI..si cute shanin tgh tido kt tmpat duduk belakang.. si kecik yang sgt pintar sekali..dia mst suka kak long dia balik..hahahah..perasan.. tp try tanya dia syg kak long x?mst dia angguk..kan2 adik?

ok2 aku nk cerita klimaks entri ni..

masa on the way blik td tu aku ajak maksu singgah makn dulu. dh seminggu x mkn sedap nih al-maklumlah x sihat..makn pun rasa mcm x mkn..kitaorang singgah makan kt BBS. Restoran Paktam. aku ajak mai sini sbb kt sini banyak ulam.aku ni plak hantu segala ulam. ulam apa aku x mkan? bagila pucuk kayu apapun semua aku bedal..tapi yang blh mkn la..aku pergi ambik nasi dulu tp x byk pun aku mkn hari ni ..sayur sikit, ikan,pastu tentulah ulam dan sambal..huhh..selera beb..

masa tgh mkn tu aku terpandang 4 gadis tgh mkn. semuanya berbaju kurung. depa keluar rehat kot. semuanya nampak happy ja..aku ni plak yang suka usha org..aku pandangla..dan terus pandang.. lama aku perhati. tiba-tiba aku nmpak salah sorang tuh mcm dok asyik sgt bercerita..tp dia guna bahasa isyarat.. baru aku sedari.. kesemuanya bisu rupanya (insan-insan istimewa). keadaan tu bt aku lagi tertarik untuk terus memerhatii gelagat kesemuanya..bila yang sorang ni bercerita walaupun hanya dengan pergerakan tangan atau kata lain bahasa isyarat tapi yang lain gelak dan ketawa dgn sgt gembira sekali..walaupun tiada kedengaran gelak tawa tu.. terasa ingin sekali untuk aku mengetahui apakah yang sedang dibualkan..tp aku x paham ape2.. suasana antara mereka sunyi sekali maklumlah guna bahasa isyarat.tapi yang pasti terpancar keceriaan pada wajah masing-masing.mereka bercerita dgn seronok sekali..lama jugaklah aku dok usha kakak-kakak tuh.. sampai aku habis makan..aku habis mkn depapun habis makn.kira saing jgklah masa nk byar tuh..tp aku bg laluan pada salah sorg kakak istimewa tu untuk bayar dulu.. dia senyum padaku.. mungkin tanda terima kasih..

sebenarnya.. apa yang aku nk kupas kat sini ialah kebahagian tu boleh kita cari walau siapa kita dan apapun keadaan kita.. aku terus ambik contoh kakak-kakak istimewa ni.. walau pun mereka dari kalangan org-org istimewa bukan halangan untuk mereka tersenyum setulus hati.. kita pun yg punya cukup sifat kadang-kadang asyik mengeluh dgn hidup..mereka x mengalah dgn hidup..kalau sudah itu suratan hidup mereka apalah daya untuk menolaknya lagi..istimewanya mereka ini..jgn pernah mengeluh dgn sedikit cuma dugaan hidup.. kita yang punya byak nikmat kurniaan ILLAHI ni jarang bersyukur..

aku nk bawak semua selusuri minda kurniaan YA RABBI.. bayangkan tatkala bangun pagi tiba-tiba kita tidak mampu bersuara.. peti suaranya sudah tiada getaran.. saat itu apa yang harus kita lalukan??
YA ALLAH..getirnya dugaanMU.. lantaran itu.. ayuhlah kita sama-sama manfaatkan dan guna sebaik-baiknya segala nikmat kurniaanNYA yang tidak ternilai ini..

YA RABBI..
jika aku jauh dari mensyukuri nikmatMU.. KAU dekatkanlah hatiku ini..andai aku tersasar dari mengingatiMU..KAU kembalikanlah ingatanku padaMU..aku yang kerdil lagi hina...

pada kakak-kakak istimewa tadi..terima kasih kerana kalian memberi aku satu pengertian dan keinsafan..kalian begitu istimewa..

Sunday, March 14, 2010

rindu kebahagian..

salamm...


gelisah hati  siapa tahu...
resah jiwa menanggung pilu..
langkah kaki makin layu..
x tahu mana arah hendak ku tuju..

bila cinta hilang dari sisi..
kemana harus aku pergi..
mencari kasih yang abadi..
tiada sudah ujian ini..

 bukan cerita sebuah duka..
bukan jua penyebab derita..
mungkin ujian buat seketika..
kerana ALLAH sayangkan kita..

dalam diam hati pedih..
aku menangis aku merintih..
bukan simpati hendak ku tagih..
cuma mungkin belas dan kasih..

andai ada ruang dan harapan..
jika ada untuk ku sandarkan..
izinkan aku mengukir impian..
kerana aku dlm penantian..

bila aku mampu berdiri..
ingin sekali menggapai pelangi..
walau ia selepas hujan pergi..
walau ia bukan yang pasti..

ya ALLAH berikan aku jalan..
untuk aku teruskan perjuangan..
agar aku tabah dalam iman..
mengharung hidup dgn kenyataan..

Friday, March 12, 2010

shanin sofiya

SaLaM...

bila hari jumaat tiba aku mcm biasalah...
hati dh igt nk umah ja..
tapi bukan rumah aku kaT baling tercinta sana..
umah maksu..
kt selayang.. tapi sebelum tuh nk luah sikit..
week 8 kat BMI amat memenatkan aku..
sampaikan 2,3 hari gak ar x dak mood..
muka tension jaa...
sory ika kalau kurang senang tgk wajah kelat Mazni minggu nih...
memang hati x senang langsung seminggu nih..
dgn esemen vlsi  yang sgt menduga iman dan hati...
dh submit ptg tadi rasa ringan ja kepala...
lantas hati terus belayar menuju ke selayang...
tau dak kenapa aku suka blik selayang??
sebabnya adalah SHANIN..
si kecik yg bisa btkan aku lupa masalah dan kesedihan..
si kecik ni mmg rapat sgt dgn aku...
smpaikan dia lagi mau aku dari papanya...
igt lagi masa g shopping mggu lepas..
aku bwk dia sbb maksu ada sambutan maulidur rasul kat sek..
ada jurujual ckp"adik jgn kacau mama nk pilih barang"..
aku pandang org tuh smbil berkata dlm hati..
'mcm mak dh ke aku?'..
pastu kuat-kuat aku bersuara"shanin jgnla kacau kak long nk pilih barang nih"..
baru jurujual tu tersengih-sengih...
taupun aku x kawin lagi..
yang pasti dialah penghibur aku...
sbb tuh tiap-tiap minggu aku mst balik umah maksu..
tgk keletah dia sentiasa gelak..
rasa terhibur sgt...
ada je yang dia bt...
ada je yang tercapai akal dia...
masa aku taip entri nih shanin dah tido...
penat sehari beraksi...sayang selalu...
SHARIEZ AININ SOFIYA

Wednesday, March 10, 2010

kehendakNYA

 SaLaM...

bergelut dgn kenyataan...
bermandi sinar kepalsuan..
gelita dalam penantian
harapan pudar di jalanan..
terpesong tiada haluan..
tersesat di dalam cahaya..
tersungkur sengsara akhirnya..
akibat cinta buta..
di mana kasih berada..
di situ terpaut luka..
di mana rindu memanja..
di situ terparut luka..
hanya TUHAN yang lebih mengerti..
kedukaan yang aku lalui..
kasih TUHAN tak berbelah bagi..
kepadanya cintaku patuhi..
terbuktilah hanya satu jalan..
ternyatalah kalimah dan iman..
tak bergerak satu zarah jua..
melainkan dengan izin TUHAN..

Tuesday, March 9, 2010

INILAH DIA HIDUP...

SALAM......




ustaz aku pernah bagitau...

org yang x ade masalah dalam hidup cumalah org gila..

hanya org gila x punyai apa-apa komitmen waima sekecil-kecil masalah sekalipun..

sape yang berjaya tangani masalahnya dgn baik dia org hebat...

btl ckap ustaz....

org yang selalu didatangi masalah dan berjaya atasinya dgn baik adalah org yang hebat...

aku ingin sekali merasai menjadi org yang hebat itu..

persoalannya..

mampukah aku?????

oohhhh....

sbnrnya skrg nipun aku sdg berhadapan dgn konflik yg agak hebat dlm hidup..

siapa sangka..

dalam tawa yg aku ukir sbnrnya tersimpan cerita yg sukar diungkap...

dlm senyum yg aku beri...ada tangisan dalm hati...

hebatkah aku???

syukurlah...

disisi ditemani teman-teman yang selalu menghiburkan hati...

menceriakan hari-hari yang indah tp suram padaku..

dlm satu forum yg pernah aku dgr dulu seorg ahli panel ada mengatakn yang semakin byk kita diuji dan semakin byk dugaan yg hadir..

adalah kerana ALLAH sygkn kita....

sygkah DIA pd hamba yang selalu melakukan kekhilafan ini???

atau ini balasan di atas kekhilafan aku itu..

benarlah...

semakin byk ujianNYA..

semakin byk jua kekuatan yang DIA kurniakan...

semakin tabah menjalani hidup sbg hambaNYA..

ujian itu mbtkan kita lebih dekat padaNYA...

pengalaman dan kedewasaan itu bermula bila kita berjaya hadapi kenyataan yang berada di hadapan..

kadang-kadang ada hal yang boleh kita kongsi...

tp terkadang perlu ada hal utk diri sendiri menyelusurinya..

yang pasti..

aku masih aku yg dulu...

masa byk membantu utk kita lebih mengenali diri...

siapa kita bkn kita yang tentukan...

ada kuasa yg lebih berhak...

bagai kelasi yang diletihkan oleh ribuan pelayaran..
tiba-tiba kehilangan pula pulau perhentian...
ajar diri utk berkeras walau bknlah hakikat..
air mata bkn penyelesaian kekusutan..
nikmat kehidupan akan amat dirasai bila mana kita menghargai setiap detik kurnian ILAHI...


our lovely sir microP..

salam...


mcm biasala kalau hari selasa ni pas subuh mst aku smbung tido balik sbb kelas kul 10 a.m.
lagipum mlm td tido lmbt sbb dok siapkan resume BI utk sir AZANEE tercinta.
ok2...
sambung cerita hr selasa.. kul 10 dgn langkah penuh bersemangat aku dan farah menuju ke kelas microP.
yang bestnya budak-budak yang sama sem aku 4 org ja termasuk aku ambik electronic di unikl BMI nih..
tp budak perempuan la...
campur budak lelaki jumlahnya semua 8...
best blajar bila student sikit-sikit nih..
dpt perhatian lebey..huhuhu...
sambung balik yg td..
sebabnya aku dan farah ja yg ke kelas kerana asmida dan ika bwak member pergi klinik..(skemanya)
kena gastrik...
diorang masuk lambat sikit...
aku dgn penuh rasa seronok dan gelojohnya mengeluarkan timedrive yang tersimpan program RACING LIGHT yang sir ASWADI suh bt tuh...
switch trainer pun dipasang...
bismilahirahmanirahim......
data dr EMU8086 di trnsfer ke MICROENGINEER...
data dr MICROENGINEER di download masuk ke display MICROPROCESSOR TRAINER...
fuhhhhh....mintak-mintak la jd...
nk pecah jgk kepala aku dgn ika mlm td dok pk program nih...
dgn flowchartnya lagi....
tp flowchart mmg aku serender..
button G dr keyboard TRAINER diPRESS....
button CR jgk diPRESS selepas itu....
sabar Mazni..sabar.....
LED di TRAINER menari-nari dgn rakusnya seperti yg telah diprogramkan oleh aku dan ika..
yahoooooooooooooooo......
kita berjaya ika..
kita berjaya...
excited lebey sikit...sbb sblum ni asyik x berjaya ja..
LED menyala dgn jayanya seperti yg sir mintak...
horeeeeeeeee....
yang pasti kitaorg yg berjaya dulu sebelum difollow oleh partner2 yang lain...
experiment kedua dr sir mintak LED menyala dgn cara lain pulak....
dari tgh ke kiri dan kekanan...yang tadi dr kanan ke kiri tp mst menyala berdua-duaan...
huhhhh...
mcm mana nih....
setelah meneroka dan meminta sedikit kerjasam dan pertolongan teman sekelas akhirnya berjaya jua yg inipun..
usaha tangga kejayaan...
yang pasti..
sir ASWADI...
anda kesayangan kami semua...
luv u 4eva...
boleh dpt A lg kot utk sem ni an sir???
hehehehehhe....
beliau pencetus aku dan member2 yg blajar MICROE sem lepas dibawah jagaannya mendapat petunjuk utk memilih electronic...
sem lepas cuak gak ar...
muka nk garang je...
smpaikan ramai yg drop subjek tu...
tp sir mmg d best lecturer ar..
bukan nk bodek sir tp kenyataan yang x dpt di sangkal lagi...
wahhhh...
u are among the best teacher...




Saturday, March 6, 2010

luv u all...

baru pas call my mum...
mak , abah dan tok dlm keta..
depa on d way nk gi perak umah mak ngah...
melawat mak ngah la tu..
ALHAMDULILLAH...
mak ngah bru kuar hospital..
sakit...
rindunya nak balik kg..
mggu dpan poli epah cuti..
syok la dia dpt blik umah...
compem bt laksa....
hantu laksa makcik tu...
ira, kak long nk say sori..
sbb beg hanset yang pooh tu tercicir kt mana ntah..
dh cari tp x jumpa...
sorry...
nanti kak long ganti yang baru..
kla x byk pun nk tulis sbb nk travel ni jap lagi....
kena g siap...
miss my family..

kenangan terindah...

jangan kita putuskan ukhwah yang terbina sekian lama ini....

Wednesday, March 3, 2010

mencari keredhaanMU


SOLAT SUNAT HAJAT

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

NIAT SOLAT HAJAT


Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Apabila selesai sahaja solat bacalah doa @ mintalah apa yang kita hajatkan.

DOA SOLAT SUNAT HAJAT

"Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.


Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Setelah al-Fatihah, bacalah Surah Al-Kafirun pada rakaat pertama, sementara pada rakaat kedua bacalah Surah al-Ikhlas.

DOA SOLAT SUNAT ISTIKHARAH




"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

SOLAT SUNAT TAHAJJUD

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 @ 4 pagi.

Di antara fadhilatnya :

1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.

Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat.



Lafaz Niat Solat Sunnat Tahajjud


Sahaja aku sembahyang sunnat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala


DOA SOLAT SUNAT TAHAJJUD

"Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan segala isinya. BagiMulah segala puji'. Bagimu kerjaan langit dan bumi serta isinya. Dan bagiMulah segala puji cahaya bagi langit dan bumi, Engkaulah yang hak, dan janjiMu adalah hak, dan syurga adalah hak, dan neraka adalah hak, dan nabi-nabi itu adalah hak, dan nabi Muhammad saw, adalah hak, dan saat hari kiamat itu adalah hak, ya Allah, kepadaMulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang belum kami lakukan, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah."

SOLAT SUNAT DHUHA

Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,

"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari & Muslim)

Drp Anas, Sabda Nabi saw,

"Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istamna di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

Niat Solat Dhuha


Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala

TASBIH
"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"

DOA SOLAT SUNAT DHUHA

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu,
kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir
maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu,
kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga
dan para sahabatnya serta kesejahteraan. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."