salamm...

gelisah hati siapa tahu...
resah jiwa menanggung pilu..
langkah kaki makin layu..
x tahu mana arah hendak ku tuju..
kemana harus aku pergi..
mencari kasih yang abadi..
tiada sudah ujian ini..
bukan cerita sebuah duka..
bukan jua penyebab derita..
mungkin ujian buat seketika..
kerana ALLAH sayangkan kita..
dalam diam hati pedih..
aku menangis aku merintih..
bukan simpati hendak ku tagih..
cuma mungkin belas dan kasih..
andai ada ruang dan harapan..
izinkan aku mengukir impian..
kerana aku dlm penantian..
bila aku mampu berdiri..
ingin sekali menggapai pelangi..
walau ia selepas hujan pergi..
walau ia bukan yang pasti..
ya ALLAH berikan aku jalan..
untuk aku teruskan perjuangan..
agar aku tabah dalam iman..
mengharung hidup dgn kenyataan..



No comments:
Post a Comment