Pages

Saturday, March 20, 2010

sampaikan..

salam..
Madah-madah indah!!!!
  Sekira -nya waktu itu menjadi kenangan untuk kita ingatinya  untuk sepanjang zaman. Ingat -lah aku selagi mampu jika pula masa yang  akan mendatang memisah -kan keakraban yg telah terbina ukir -lah secebis tentang aku dihatimu agar nanti tika bersua kau masih mengigati diriku ini .

  Apabila kau ingin berteman janganlah pandang pada kelebihannya kerana mungkin dengan satu kekurangan kau akan menjauhinya…andai kau ingin berteman jgn pula dinilai kebaikannya kerana mungkin dengan satu kelemahan kau akan membencinya…andai kau ingin berteman janganlah diuji akan ilmunya kerana apabila ia buntu kau akan menyisihnya..andai kau ingin berteman terimalah dia seadanya kerana dia hanya seorang teman yg hanya manusia biasa sepertimu jua…
  Ku doakan moga engkau menjadi golongan insan yg tiap detik bibirny basah dgn ASMA ILAHI…hatinya jernih mengagung ILAHI…jiwanya rindu bertemu RABBI..hidup dan matinya dalam mahabbatullah yg hakiki.
  Jadilah insan yg hatinya di nanti dan perginya di rindui kerana mncari kawan yg setia & jujur ibarat mencari sebutir permata di sebalik timbunan kaca.
  Persahabatan itu dihati walau bersendirian pasti ia menemani,setiap orang manis mampu di kenangi,walau tiada di mata kini,ia hadir bila di rindui,kerana asasnya ia kekal di dasar hati..
  Landasan iman ialah jiwa yg suci..landasan ikhlas adalah hati yg jernih...  landasanpengorbanan adalah akidah yg kukuh..landasan persahabatan adalah jujur & ikhlas.
  Jika syurga menjadi idaman,jalannya seluas mata memandang,jika keampunan yang di damba , gerbangnya setia menanti…usah gusar dugaan di hadapan,andai hati nekad mengerja cinta ILAHI..

  Ku minta pada RABBI setangkai bunga segar,DIA beri kaktus berduri..
ku minta kupu-kupu.. DIA beri ulat berbulu..ku sedih dan kecewa.. Namun,demikian..kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik.. Itulah jalan ALLAH..indah pada masanya..Tuhan tak memberi apa yang kita harapkan tetapi dia memberi apa yang kita perlukan.. Kadang-kadang kita sedih,kecewa,terluka tetapi tetap jauh di atas segalanya
DIA telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita..

  Andai tidak berhubung bukan tanda tidak mengingati tetapi merenung dalam diri adakah dalam hati terjelas keikhlasan dalam jalinan persahabatan… sukar menzahirkan kejujuran tetapi lagi sukar dan pahit untuk mengatakan ketulusan hati.. Renungi dan hargailah sesuatu yang bermakna itu kerana ia akan hilang tanpa kita sedar..

  Apabila seseorang melukakan hati kita.. Catatkan ia di atas pasir supaya ia akan terkambus ditiup angin kemaafan.. Tetapi,apabila seseorang itu membuat kebaikan kepada kita,ukirkannya di atas batu supaya angin kemarahan tidak mampu memadamkannya..

  Mengingati teman tanda persahabatan.. Mengingati mati sumber keteguhan iman..Mengingati akhirat semulia-mulia ingatan.. Mengingati ALLAH nadi ketenangan.. Dakaplah keredhaan ALLAH pada setiap kesempatan seeratnya…    

  Kadang-kadang kita tak sedar orang yang kita peduli sayang sungguh pada kita.. Kadang-kadang kita tak sedar kita terlampau sayang kat orang,sedangkan hati kita selalu terguris oleh perbuatan dia.. Dan kita tak pernah sedar kita bukannya sempurna untuk mendapatkan orang yang betul-betul sempurna dalam hidup kita dan kita bukanya siapa-siapa untuk buat orang yang menyayangi kita macam yang kita sayang kat dia…sebab kita cumalah manusia biasa…

  Andai diri terasa lemah bangunlah munajat kepada ALLAH.. Dengan izinnya yang lemah dipandang gagah,yang sedih dipandang ceria,yang resah menjadi tenang.. Sedikit pengorbanan selamanya terasa.. Adakalanya DIA memberi sebelum sempat kita meminta kerana DIA mengerti keperluan hambanya.. Adkalanya DIA mengambil semula sebelum sempat kita bersedih kerana DIA ingin menguji keimanan hambanya..

  Carilah sahabat apabila dilihat wajahnya teringat ALLAH.. Mendengar katanya IMAN kita bertambah dan apabila mendampinginya kita tenang.. Itulah sahabat sejati…

  Tatkala dirimu bak Srikandi Khadijah,haluskan akhlakmu seperti Fatimah Az-Zahra.. Sampaikanlah ilmu sebijak si merah Aisyah.. Teguhkan imanmu seteguh iman Sumaiyah.. Sucikan hatimu sesuci hati Rabiatul Adawiyah… barulah dirimu menjadi Ainul Mardiyah…

  Sesuci titis qatrunnada buat gadis seindah penghuni syurga… yang maharnya IMAN dan TAQWA lalu dihias harum tulusnya cinta.. Buatmu ukhti.. Ku doakan untaian mutiara solehah…

  Mujahidah sejati… engkaulah srikandi pembela agama.. Peribadi solehah hiasan diri.. Subur dengan iman dan ketaqwaan..Mujahidah sejati.. Akhirat utama kerana dunia,bukan pilihannya..Mujahidah sejati.. Hatinya berbeza kerana diasuh iman dan taqwa.. Paras rupa,bukanya ukuran.. Nilainya sama di sisi Tuhan.. Cuma ibadah yang membezakan wanita solehah di sisi TUHAN… berhati-hatilah hasutan dunia.. Duhai empunya hati ini…

  Muslimah, apabila teruna memandang dikau,kau tunduk mengelak panah syaitan, apabila teruna mendekati selangkah, dikau berundur beribu langkah, apabila teruna memujuk rayu, dikau anggap itulah kalimah iblis syaitan, apabila teruna menutur harapan indah, dikau yakin JANJINYA lebih bahagia disana, kerana kau mengerti dan menyedari akan erti maruah peribadi yg diselaputi iman yg hakiki, yg tidak semurah itu, perbaiki diri & serulah yg lain.

  Nikmat plg manis apabila ALLAH mentarbiah kita dgn pelbagai ujian namun, tautan ukhwah mampu berhadapan dgn sejuta kesulitan,yg memberi suntikan semangat perjuangan… alirkan halawatul ukhwah,kesungguhan dlm berjuang melalui robitoh hati..YA ALLAH!!! Peliharah sahabatku, peliharalah ukhwah kami..

  Carilah keikhlasan dalam takbiratul ihrammu, kedamaian di dalam ruku’mu, ketenangan di dalam sujudmu, kerana disitu terkumpul cnta ILLAHI, cinta yg hakiki.

  Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu, yg tlh dilupakan.. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dgn sempurna sehingga anda melupakan kegagalan oleh kekecewaan masa silam.

1 comment: