bismilahirahmanirahim...
salam
Semalam, sabtu-28/8/2010 bersamaan dgn 18 ramadan sempat ke Carrefour wangsa maju. Niat hati nak shopping raya tp last2 x beli papun sekadar sehelai selendang..jadila..bagi kata gi shopping raya an…satu hari suntuk merewang kat wangsa maju tu..buka pusa pun kat sana. Pukul 9 lebih baru balik..yang pasti dayah memang shopping sakan an…never mind..raya setahun sekali…
Sebenarnya bukan cerita shopping yang nak dijadikan tajuk utama..saja merepek dulu..bg panjang sikit entri…heheheh…lama sikit hangpa baca…ok jom ke next story…
Masa nak keluar dari Carrefour ada sorang makcik ni bagi satu buku..free katanya…untuk program amal..bersama memartabatkan islam..apalagi.…amik la…mlm tu x sempat nk belek sbb ada satu buku yg tengah aku baca…beli kat Carrefour jugak..bukan selendang je aku beli..tapi plus 2 buah buku..campur buku free ni satu jdla 3..best sgt buku yg aku beli ni…sal buku tu t len entri kita story…now we focus for the free book..
Hari ahad baru sempat belek…best ar buku ni…byk ilmu aku dapat.. untuk entri ni nak share dulu tentang asal usul solat…
Solat subuh
Orang yg pertama mengerjakan solat subuh ialah nabi Adam a.s. iaitu tatkala baginda keluar dr syurga lalu dihantar kebumi. Pertama yg dilihatnya ialah kegelapan dan nabi Adama.s berasa takut yg amat sangat. Apabila fajar telah keluar nabi Adam a.s pun solat dua rakaat.
Rakaat pertama: Nabi Adam a.s bsyukur terlepas dr kegelapan malam.
Rakaat kedua: Nabi Adam a.s bsyukur kerana siang telah menjelma.
Solat zohor
Orang yang pertama mengerjakan solat zohor ialah Nabi Ibharim a.s iaitu tatkala ALLAH swt telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya nabi Ismail a.s. sedang seruan itu datangnya pada waktu matahari tergelincir, lalu sujudlah nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama: bersyukur bagi penebusan
Rakaat kedua: bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan anaknya
Rakaat ketiga: bersyukur memohon keredhaan ALLAH
Rakaat keempat: bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas
Solat asar
Orang pertama yang megerjakan solat asar ialah nabi Yunus a.s iaitu tatkala baginda dikeluarkan oleh ALLAH dr perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan nabi Yunus a.s di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu asar. Maka bersyukurlah nabi Yunus lalu bersolat 4 rakaat kerana telah diselamatkan oleh ALLAh daripada 4 kegelapan.
Rakaat pertama: kelam dengan kesalahan
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut
Rakaat ketiga: kelam dengan malam
Rakaat keempat: kelam dengan perut ikan Nun
Solat maghrib
Orang yang mengerjakan solat maghrib ialah Nabi Isa a.s, tatkala baginda dikeluarkan oleh ALLAH swt dr kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah nabi Isa a.s lalu besembahyang 3 rakaat kerana di selamatkan dr kejahilan tersebut.
Rakaat pertama: untuk menafikan ketuhanan selain daripada ALLAH yang esa.
Rakaat kedua: untuk menafikan tuduhan dan juga tomahaan ke atas ibunya, Siti Mariam yang dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanyalah satu iaitu ALLAh jua, tiada dua atau tiga
Solat isyak
Orang yang pertama mengerjakan solat isyak ialah nabi Musa a.s. pada ketika itu nabi Musa a.s tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dangan perasaan dukacita. ALLAH menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: dukacita terhadap isterinya
Rakaat kedua: dukacita terhadap saudaranya nabi Harun
Rakaat ketiga: dukacita terhadap Firaun
Rakaat keempat: dukacinta terhadap anak Firaun
credit untuk pemilik buku ini..harap x kisah untuk sy kongsi dalam blog...


No comments:
Post a Comment