bismilahirahmanirahim
salam
Hari-hari berlalu pergi meninggal banyak kisah dan cerita hidup..ayat klise yg selalu aku guna bila mula menulis blog...okla tu..mukadimah mst ada...dah 2 minggu meninggalkan rumah bagi meneruskan perjuangan yg belum selesai.. rindu semua kat kampung tetiba..rindu mak..rindu abah..adik-adik.. tok dan wan jugak..entri kali ni saja nak introduce my lovely family...
My daddy a.k.a abah (Ahmad Hamidi bin Mat Nooh)
Abah, even kak long tau abah bkn pernah nk amik tau tentang teknologi kak long sebagai anak yg terlalu menyayangimu pingin sekali yg abah tau yg abah is the bast abah in the world.
Susah tau nk dapat abah mcm abah aku haa..sejak aku duk jauh dari dia ni selalu pulak dia dengar nasihat aku. Makin Nampak pulak caring dia.Ingat lagi kecik-kecik dulu bila kami adik beradik bergaduh memang semua kena..tak pakai tali pinggang, pengakut baju pun jadi. Dulu aku kenal abah sebagai seorang yg sangat garang. Tapi sekarang mcm penyayang pulak abah aku.. sebenarnya memang dia penyayng tapi yelah anak perangai semua degil2 memang x bagi muka la..mujur abah x bagi muka.. membesarlah kami semua sebagai anak yg tahu menghormati orang dan saling menjaga. Igt lagi dulu dpt duit belanja ke sekolah sikit sgt.50 sen je kot . sekolah agama 30 sen. Sikit sgt. Kadang-kadang memberontak gak hati. Yela x cukup. Kawan-kawan lain dpat duit belanja RM1.Tak setakat tu jer sampaikan bila ada yg nk kena bayar apa-apa kt sekolah, memang tak senang duduk kami adik beradik sbb duk pikir cara yg terbaik nak mintak dari abah. Salah cakap memang kena. Tapi dari situ sbenarnya abah ajar aku dan adik-adik untuk berhemat bila belanja dan hari ni aku sedar manfaat dari apa yg abah buat. Duit kena pandai jaga. Kalau dulu bila adik-adik bergaduh mst aku kena sekali tambahan pulak bila aku join bgaduh sekali lagila best akibat dia sbb kata abah aku ni x pandai jaga adik. Rupanya abah nk tunjuk yg dia x mau beza-bezakan ank-anknya. Dari situlah kami adik beradik saling menyayangi dan bila seorang kena hukum dengan abah yang lain akan rasa sedih..semua pergi menyerah diri konon nak back up yg bersalah tu. Selau bila semua kena x derlah yg bersalah tu kena teruk lagi. Sekarang bila semua dah membesar dan duduk jauh sikap penyayang yg abah x pernah nk tunjuk dulu tu makin terserlah. Sekarang cakap nak mkn apa, nak beli apa bila balik gerenti dapat terutama akula sbb aku duk paling jauh. He5..jgn jeles adik-adik ku..lagi satu kalau aku nasihat apa-apa dah senang abah aku nk ikut. Syukur Alhamdulillah..kesusahan hidup yg abah ajar, mengajar kami adik beradik membesar dengan sempurna sebagai seorang anak. Terima kasih abah. Tak mungkin akan kami lupa penat lelah mu membesarkan kami semua. Doa kak long semoga abah selalu sihat dan dalam rahmat ALLAH..
Now my lovely mummy a.k.a mak (Rogayah bt Hamid)
Haa.. sapa mak dia suka membebel angkat tgn (termasuk aku). Mak mana yg tak suka membebel an.. sunyi sepila rumah bila tiada yg membebel. Mak, kak long pun dh dpt aura mak tu. Kuat membebel nih. Mak , sorry sgt sbb bila mak membebel kak long tak pernah nk dgr sbb tiap kali mak bebel kami adik beradik kami masuk bilik pastu memasing berborak. Tak tau apa yg mak bebelkan. Tp sekarang dh rindu bebelan mak tu. Kadang-kadang kelakar la apa yg membebel. Bukan main jauh perginya dr topic asal. Tu yg panjg berjela-jela. Pastu dh mak penat pulak. Sbb tula kak long ckp jgn suka membebel. Tapi mak memang mak terhebatlah. Dari start mask mak bebel sampai siap masak pun steady lg.. kak long tau dulu kak long memang malas nk masuk dapur. Tiap kali tulah mak membebel bila x dk anak-ank tolong mak kt dapur an. Padahl bukan apa pun nk di mask. Sekadar goreng ikan. Mak memang tak boleh an bila mak masuk dapur anak-anak kt depan tv. Tapi mak sbb bebelan mak tu dan dgn keterpaksaan kami turun dapur hari ni kak dh boleh masak dgn pejam mata jer mak. Terima kasih mak. Terima kasih sgt. Sekarang kak long masak main campak jer siap satu. Cakap jer nk mkn ape semua di hujung jari. Mesti nanti kak long jadi menantu kesayangan an mak? sbb pandai masak. Suami pun syg. Bestnyer. Mak memang pandang masa depan kn. Tau yg semua tu untuk kegunanan masa depan. Sekarang bila org datang rumah beraya mak dgn bangga memberitahu anak-anak mak yg mask. Lagi satu yg membuatkan mak ni mak terbaik bila kami diasuh menjadi seorang yg sgt berdikari. Mak memang pantang bila kami adik beradik kuat bergantung pada mak bukan sbb mak x syg kami an tp nk kami tahu buat keputusan sendiri. Ye mak ,anak-anak mak telah membesar seperti yg mak harapkan. Pantas bila buat kerja. Yakin bila buat keputusan dan sgt berdikari. Satu lagi ilmu yg mak ajar di rumah ialah rajin. Tahu mak memang pantang rumah x bersapu setiap hari, pinggan bersepah kat sinki dan rumah bersepah. Lalu mak ajar kami supaya rajin kemas rumah, makan basuh sendiri dan buat kerja jgn berkira. Semua tu tersemat kukuh kat hati kami mak. Sekarang mak dh boleh tersenyum bila anak-anak mak ni tau hias rumah ikut citarasa sendiri dengan sempurna sekali. Anak-anak mak masak makanan untuk sekeluarga sedap tanpa perlu mak bebel lagi. Kami mula mengerti kini walau dulu sgt cpt memberontak bila disuruh itu dan ini. Kami sgt syg mak tau.
Untuk entri ni sampai kat sini dululah.. tentang kami adik beradik di lain kali pulak. Dh nk maghrib.. haa.. satu ilmu akhirat yag mak dan abah ajar kami adik beradik. Jgn pernah tinggal solat. Ye mak, ye abah kak long tak tinggal solat bahkan dalam setiap kali solat kak long tak pernah lupa mendoakan kesejahteraan kalian.

No comments:
Post a Comment