SALAM..
Hari ni kls x byk...kls microP jer..kls fiqh xder..ustaz x berapa sihat..semoga ustaz cepat baik..rajin plak aku update blog hari ni...Bukan ape ada kisah yg menagih naluri aku utk mencoret sesuatu...tiba –tiba hati bagai disentap kuat..fitrah insan yang mudah tersentuh telah menyentap jiwaku..terasa sangat kerdil diri...
Jom ikut aku selusuri kisah derita dunia mereka namun janji Syurga ALLAH disana. Tgk tajuk entri pun dah taukan ape yang nk aku ceritakan..hari ni di universiti aku ada ceramah tentang dan pameran tentang suka duka rakyat palestin dalam mengharungi hidup berjuang di bumi sendiri yang dijajah oleh yahudi laknatullah.. betapa tabahnya mereka mempertahankan agama ALLAh dan tahan air tercinta biarpun nyawa menjadi taruhan. Namun yang pasti surga ALLAH sedang menanti pajuang-pejuang agama ALLAH ini..
X bykpun nak aku smpaikan kat sini... eih..byak sbnrnya.. tp x tahu nk ceritakan apa lagi...terlalu byak rasanya... maca kat dlm TTL ustaz tunjuk slide2 penderitaan rakyat palestin.. tersentuh beb.. byangkan aku yg bjiwa kental ni pun smpai mengalirkan air mata..
Bila pikir2 balik betapa beruntung kita jd rakyat Malaysia bumi bertuah ni...tapi pernah ker kita bersyukur dgn segala nikmat yang telah ALLAH kurniakan.. kadang-kadang hati menjadi sgt pilu melihat kita yg makin jauh dr maha PENCIPTA...maafkan aku andai bicaraku salah kerana aku bukan siapa-siapa...aku adalah antara watak yg sekadar mewarnai pentas dunia ini.. hati terus disentap..cukuplah hari-hari berita pembuangan bayi dipaparkan..cukuplah penderitaan anak dirogol ayah dan abg sendiri..cukuplah cerita anak menderhaka ibubapa..cukuplah kemaksiatan berlaku secara terang-terangan..cukuplah..cukuplah..cukuplah..aku takut..sgt takut..sedarkah kita yang kita sedang kembali ke zaman jahiliah...zaman dimana ALLAH menimpakan bala pada kaum AD, TSAMUT kerana kekufuran dan keingkaran mereka mematuhi perintah ALLAH...tolonglah...jgn sampai ALLAH murka dgn kita..kita bukan siapa-siapa...islam itu sgt sempurna..
Teman...
Mengapa kau masih begitu?
Apa yang sedang kita cari sebenarnya..
Siapa kita sebenarnya?
Dunia ini bukan milik kita
Jasad ini jua bukan milik kita
Tahukah ada kuasa yang lebih berhak..
Kekadang jiwa merintih..
mencari secebis kekuatan
Apakah layak insan kerdil ini punya impian yg besar?
Apa seharusnya aku patut bersyukur dgn segala yg telah Kau beri?
Ya ALLAH…..
Apa hikmah yg Engkau janjikan buat hambamu yg lemah ini dengan semua ketentuanMu itu ya ALLAH?
Sering aku bertanya…..
Kenapa aku yg Engkau pilih untuk melalui saat sukar itu?
Terlalu sukar dan perit ya ALLAH….
Terlalu berat rasamya untuk aku sbg insan biasa melaluinya….
Puasku cari jawapannya yaALLAH….
Puasku menilai diri sendiri ya ALLAH….
Apa sebabnya….
Baru kini aku mengerti…..
Walau sukar untukku terus memahami dan menyelami lebih dalam…
Walau ujian yg Engkau berikan terlalu berat untuk dpikul…
Ada sesuatu yg Engkau kurniakan buat hambamu yg kekurangan ini…
Baruku tau nikmat dan hikmahnya ya ALLAH….
Hamba redha ya ALLAH…
Kerana ini ketentuanMU yg MAHA mengetahui….
Dalam keredhaanMU….
padaMu ku pohon…..
jadilah aku insan yg tahu bersyukur padaMU ya ALLAH…..
jangan sesekali KAU pesongkan aku dariMU……
tetapkanlah hatiku untuk terus berjuang dalam perjalanan ini…
pimpinlah aku sentiasa berada di jalanMU ya ALLAH…
bantulah aku menjadi manusia yg tabah dan kuat…
terima kasih ya RABBI……
kerana menyayangi dan mengasihi hambamu ini…